Apakah itu blockchain?
Secara ringkas dan mudah….
Biasanya data dan maklumat mengenai urusan kewangan atau perniagaan disimpan oleh sesuatu entiti di dalam server masing-masing dan kuasa menggunakan data dan kawalan di miliki sepenuhnya oleh entiti tersebut ( konsep centralized ). Contoh adalah bank-bank , syarikat gergasi seperti Google dan Amazon menggunakan konsep ini. Ledger atau rekod hanya disimpan oleh mereka.
Sebaliknya dalam blockchain, semua data dan maklumat selepas transaksi disimpan dalam blok and setiap blok mepunyai nombor rujukan tersendiri (dipanggil sebagai hash). Blok baru yang dijana akan menyimpan nombor hash blok sebelumnya dan ini akan berterusan sebagai satu rantai. Salinan ledger yang mengandungi semua blok akan disimpan oleh semua pengeluar blok ( block producers) yang terlibat dalam pengesahan sesuatu transaksi di dalam platform blockchain tersebut. Pengeluar blok adalah server-server di merata dunia dan tidak ada kaitan antara sesama mereka. Ini adalah konsep disentralisasi (decentralized).
Sebarang perubahan dalam data di dalam sesuate blok akan mengubah nombor hash dan akan memutuskan rangkaian rantai. Jika pun ada yang boleh mengubah semua nombor hash dalam blockchain dengan menggunakan super komputer, rekod mereka tidak akan sama dengan pengeluar blok yang lain, maka mereka tidak boleh membuat persetujuan secara konsesus untuk transakaksi berikutnya.
Tuanpunya akaun yang menyertai sebuah blockchain akan memilik dua kunci akaun, satu umum (public key) and satu lagi sulit (private key). Akaun tidak boleh diakses oleh orang lain selagi mereka tidak tahu’private key’. Public key pula digunakan untuk urusan penghantaran dan penerimaan dan ianya boleh dikongsi. Sama seperti alamat rumah.
Jangan sekali-kali kongsi PRIVATE KEY dan simpannya di dalam gadget offline atau failkan secara hardcopy. Private key jarang digunakan dalam urusan seharian dan biasanya digunakan bila kita 'restore' semula wallet. Contohnya kalau kita tukar handphone dan muat-turun semula wallet.
